ISTERI POTONG 'ASET' SUAMI | Seorang wanita warga Myanmar yang marah gara-gara mahu diceraikan nekad memotong 'aset' suaminya di rumah lelaki itu di Taman Wilayah Selayang pagi semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, wanita berusia 40'an yang telah tinggal berasingan datang ke rumah suaminya yang juga warga Myanmar untuk berbincang.
Namun perkara yang sebaliknya berlaku setelah lelaki itu membenarkan isterinya masuk ke dalam rumah dan dan terus tidur di ruang tamu. Wanita itu dengan tiba-tiba bertindak memotong 'aset' suaminya dengan pisau.
Mangsa berusia 40'an yang telah tertidur berasa sakit di bahagian 'asetnya' dan terkejut melihat 'asetnya' berlumuran darah.
Mangsa melihat isterinya memegang pisau dan dia terus melarikan diri dari rumah itu. Bagaimanapun mangsa kini dalam keadaan stabil dan mendapat rawatan lanjut di Hospital Selayang. - Harian Metro
0 comments:
Post a Comment