ads

ads

Sunday, July 20, 2014

[HANGAT]malaysia dikambing hitamkan




Dalam memperkatakan nahas MH17, sebenarnya yang terkesan akibat tragedi ini bukan setakat ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa, tetapi nahas tersebut membuatkan ramai rakyat Russia kini dalam kebimbangan.

Kerana Moscow dikaitkan sebagai pesalah utama dalam nahas yang mengorbankan 298 penumpang dari pelbagai negara, persoalan yang kerap diajukan warga Russia ketika ini ialah, "Adakah AS akan serang kita selepas ini?"

Pemerhati politik terkenal Russia, Konstantin von Eggert berkata, dia yakin bukan puak pemberontak yang akan "bayar" harga nahas berkenaan, tetapi kerajaan Russia. Ini adalah kerana dunia percaya Moscow bertanggungjawab membantu melindungi puak pemberontak.

Bagi warga kebanyakan Russia, biarpun nahas itu sangat menyedihkan tetapi ia sebenarnya membuka satu sisi baru. Pada pendapat mereka, meletakkan kesalahan pada Russia hanya akan memberi faedah kepada Amerika Syarikat.

Ada juga sebahagian rakyat yang mengakui menerima maklumat bahawa perang akan berlaku dan Amerika Syarikat akan melakukan apa sahaja untuk memerangkap Russia dan puak pemberontak.

Konstantin, seperti juga kebanyakan rakyat Russia, berpendapat, kerajaan baru Ukraine sangat tebal sifat anti-Russia, pro Barat, malahan sudah 'tercemar'. Tetapi dalam masa yang sama, beliau berpendapat Russia tidak sepatutnya mengambil risiko dengan menyokong puak pemberontak.

Bukan sesuatu yang mengejutkan juga apabila ramai warga Russia tidak melihat nahas berkenaan sebagai kesilapan sepenuhnya dari pihak Presiden Russia, Vladimir Putin. Ada yang tidak bersetuju dengan prinsip politik Putin, namun mengatakan Putin tidak boleh disalahkan seratus peratus kerana beliau juga "tentu tidak mahu perkara seteruk ini terjadi". Bagi golongan rakyat ini, Putin berjaya membaik pulih Russia, walaupun tidak stabil sepenuhnya. Malah mereka juga masih sempat menyalahkan Ukraine dengan mengatakan Ukraine "bukan boleh dipercayai sangat".

Agak melucukan juga apabila menyaksikan bagaimana rakyat Russia menjadikan kemungkinan adanya konspirasi politik dalam nahas MH17 sebagai satu 'ubat' bagi mereka meredakan keresahan dan meneruskan kehidupan. Satu demi satu kenyataan tidak masuk akal dikeluarkan, seperti kenyataan 'mayat sudah tidak "fresh" atau kerajaan Ukraine cuba tutup bukti sebenar nahas. Malah media Russia juga tidak segan silu menyalahkan MAS kerana menggunakan laluan 'war-zone', sedangkan semua orang tahu ia adalah laluan biasa pesawat komersial.

Sesungguhnya tidak ada satu pun kenyataan-kenyataan ini valid pada ahli keluarga mangsa. Mereka kehilangan anak, ibu, bapa, adik-beradik, cucu, sahabat baik dan sebagainya. Apa pun alasan takkan mampu menghilangkan kepedihan yang ditanggung mereka.

Bak kata Konstantin sendiri, ironinya, kanak-kanak kecil yang tak pernah dengar tentang Russia, apa lagi nak ambil tahu tentang krisis mereka, terkorban.

Mangsanya tetap mereka yang tak bersalah.


Malaysia juga mejadi mangsa dari semua permasalahan pihak2 lain
dimanakah keadilan untuk Malaysia?


pray4mh370
pray4mh17
pray4gaza

by esque7

Unknown

I am a full time blogger and have started since 2010.This blog provides current information on the world of gadgets.Thank you for your time to visit my blog

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 its All about world.