ads

ads

Saturday, July 12, 2014

Gempar!!kisah sebenar anggota PGM yang gugur di Pulau Mabul

Anggota PGM gugur di Pulau Mabul

Semporna: Seorang anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) gugur ditembak manakala rakannya dipercayai diculik dalam kejadian berbalas tembakan dengan lapan lelaki di sebuah resort di Pulau Mabul, dekat sini, 11 malam tadi.
Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mazlan Lazim, selepas beliau dihubungi, awal pagi ini.



Sementara itu, menurut sumber mangsa, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dipercayai hilang namun kemudian ditemui semula dan meninggal dunia dipercayai ditembak dalam kejadian terbabit.

Mangsa dikatakan sempat membalas tembakan sekumpulan lelaki terbabit sebelum gugur dalam pertempuran itu.

Katanya, rakan mangsa, Kostabel Zakiah Aliep, 26, hilang dipercayai dilarikan kumpulan lelaki berkenaan yang memakai pakaian berceloreng.

Allahyarham Ab Rajah yang barasal dari Semporna dikatakan sudah berkeluarga bertugas sebagai jurumudi kapal rondaan air 1, di balai polis Pulau Mabul dan pernah bertugas di Kampung Acheh.

Zakiah turut dikatakan sudah berkeluarga dan mempuyai seorang anak dan sebelum ini bertugas di Pulau Pinang.

 Gambar identiti polis marin (PGM) mati ditembak di Pulau Mabul Semporna. Insiden serangan pengganas sulu atau kumpulan Abu Sayyaf yang berlaku pada 11.00 malam (12 Julai 2014) disebuah Resort di Pulau Mabul telah menyebabkan seorang anggota PGM maut ditembak manakala seorang lagi diculik. Identiti anggota polis PGM yang maut ditembak dikenalpasti sebagai Koperal Ab Rajah Jamuan manakala seorang lagi mangsa culik dikenalpasti sebagai Konstabel Zakiah Aliep. Difahamkan, insiden berkenaan berpunca akibat daripada sekumpulan pengganas yang memakai baju celoreng dan bersenjata cuba untuk menceroboh kawasan Pulau Mabul Semporna.

Nama Penuh: Ab.Rajah bin Jamuan
Umur: 32 tahun 
Agama: Islam 
Status: Berkahwin 
Nama Isteri: Salamah bti Amad 
Jawatan terkini: jurumudi kapal rondaan air, balai polis Pulau Mabul
Alamat Rumah: Kg Bubul batu 2 Semporna Sabah.


Nama Penuh: Zakiah Bin Aleip 
Umur: 26 tahun Bangsa – bajau 
Agama-islam 
Status: berkhwin ( 1 anak ) 
Nama isteri: Sharifah Erna Bti Berson 
Jawatan Terkini: konst radar ploter bot RH 40, unit pencegahan jenayah perairan ( marin ) Balai Polis Pulau Mabul. 
Alamat Rumah: Kampung Sambah Tengilan Tamparuli Sabah.


by esque

Unknown

I am a full time blogger and have started since 2010.This blog provides current information on the world of gadgets.Thank you for your time to visit my blog

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright @ 2013 its All about world.