Kisah ini dikongsikan anak kepada arwah lelaki ini,diceritakan arwah merupakan seorang pencinta haiwan kesayangan Rasulullah iaitu Kucing.
"Arwah adalah ayah saya. Arwah meninggal 9 syawal yg lalu. Arwah mmg sygkan kucing. Dah berpuluh2 kucing yg dia jaga. Kebanyakkan kucing yg dibela sampai kucing tua, mati atau dicuri orang. Sejak arwah sakit dan pakai wheelchair... kami xkasi dia bela kucing lagi. Tp mmg kami xboleh pisahkan kasih syg dia dgn kucing. Pantang nampak kucing lintas depan dia. Mesti dia panggil bg makan..
Kalau bawak arwah pergi kedai makan mesti ada kucing dtg dekat arwah.sampai kitaorg sll ckp kat arwah... bau abah ni kucing suka kot.. sebelum ni ada seekor kucing yg paling arwah syg tp dah kena curi.. Dulu semasa kami tinggal di wangsa maju section 1. setiap kali azan arwah mesti pergi kesurau jalan kaki. Kucing tu akan mengiringi arwah sampai ke surau. Lepas tu dia akan tunggu kat depan pintu surau. Bila arwah keluar dia ikut iring balik.. begitulah rutin hari2.. tidur pula hujung kaki arwah.. sampailah kucing tu hilang kena curi..Terlalu byk kisah2 menarik arwah dgn kucing 2nya jaganya.. dan kebanyakkan hilang kena curi. Sbb arwah xsuka sangkarnya kucingnya. Sbb dia tak suka kurung kucing.
Kejadian di tanah perkuburan tu mmg kami 1keluarga terperanjat jugak. Seekor kucing yg kami tak pernah nampak sebelum ini ada dipusara arwah. Td saya cuba singgah nak tgk.. rupa2nya kucing tu ada lagi kat situ. Saya ada bertanya pada ustaz kejadian tu. Ustaz kata mungkin arwah pernah jumpa kucing ni dulu tapi kita mungkin tak tahu.. ataupun ada maksud lain yg tersirat utk menyedarkan kita bagaimana kasihnya seorg hamba allah pada kucing sepanjang hayatnya. wallahuaklam.."
0 comments:
Post a Comment