Hafiz Dituduh Guna Ilmu Hitam Dan Ambil Dadah?
Setelah menerima pelbagai anugerah saban tahun, penyanyi kelahiran Sarawak ini terpaksa menempuh satu lagi dugaan yang mendakwa dia menggunakan ilmu hitam bertujuan untuk mendapatkan tawaran menyanyi mahupun memenangi pelbagai anugerah sebelum ini. Tuduhan ini amat berat buat penyanyi berusia 23 tahun ini apatah lagi di zaman teknologi ini.
Hafiz tetap tenang dengan tuduhan tersebut sambil menyifatkan perkara tersebut sebagai tidak benar. Jikalau benar dia ada niat untuk menggunakan ilmu hitam sudah tentu dia bukanlah bergelar seorang penyanyi tambahnya berseloroh. Bukan itu saja, dia sentiasa mendengar nasihat ibu dan bapanya agar berbuat sesuatu perkara didalam keadaan yang ikhlas dan paling penting dengan usaha sendiri.
Hafiz ditemui sempena Minggu Setiausaha, ‘A Golden Moment with Hafiz’ di Pusat Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur turut mengambil perkara tersebut sebagai positif dan menggunakanya sebagai pengalaman di dalam perjalanan seni kariernya. Tidak cukup dengan satu tuduhan, dia turut tidak terlepas dari dakwaan menggunakan najis dadah sebagai “tonik” utama semasa membuat persembahan.
Apatah lagi dengan badan yang semakin susut, spekulasi itu sekaligus menyebabkan sekali lagi Hafiz tertawa. Penyanyi popular dengan lagu 'Bahagiamu Deritaku' dengan jujur mengakui sedang dalam proses mengurangkan berat badan kerana mahu menjaga imej dan penampilannya. Dia turut berani serta bersedia untuk menjalani ujian air kecing demi membuktikan dia bersih daripada pengambilan dadah.
0 comments:
Post a Comment