ads

ads

Wednesday, September 24, 2014

[panas]perkara yg sering kita silap dan patut perbetulkan





Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala."
Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya.

Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak (wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Sumber dari : JAKIM

Tuesday, September 23, 2014

[hot]penjelasan Neelofa yang sebenar





Tulisan Neelofa Ini Pasti Buatkan Anda Mahu Memakai Tudung Saat Ini Juga Tulisan Neelofa pada setiap hari Ahad di Harian Metro memang sangat menarik untuk dibaca. Berbakat juga sebenarnya Neelofa ini dalam bidang penulisan. Apa yang menarik ialah perkongsian mengenai perkara peribadi yang terjadi kepada dirinya menyebabkan si pembaca merasa rapat dan dekat dengan Neelofa. Seolah-olah Neelofa itu adalah kawan baik/adik/kakak/awek kita. Itu bermakna teknik penulisan Neelofa adalah sangat ‘power’.



Masih bercerita mengenai penghijrahannya pada minggu ini, Abang Nara tertarik untuk berkongsi kata-kata yang mampu menjadi perangsang buat muslimah di luar sana yang ingin berhijab tetapi terlalu memikirkan pendapat orang sekeliling. Tulis Neelofa:-
Lofa terbaca satu kata-kata yang buat Lofa sangat tersentuh. “You can’t please everybody, so put God first and let the rest fall in place”. Bila Lofa hayati kata-kata ini, hati terus sayu.
Lofa terfikir selama ini sibuk nak jaga hati orang itu, apa orang ini akan cakap dan sebagainya, tapi Lofa tak terfikir pula kepentingan ‘apa Tuhan akan kata’.
Mulai saat itu, Lofa tahu ini yang terbaik untuk Lofa dan tekad untuk berhijab. Kita tak boleh menutup mulut orang, tapi Lofa nak beri semua orang beri peluang dan sokongan supaya Lofa terus istiqamah dalam apa yang Lofa lakukan.

Menarik bukan? Abang Nara pasti kata-kata ini sedikit sebanyak akan meresap ke dalam hati Muslimah di luar sana yang membacanya. Mungkin akan ada yang terbuka hati untuk menutup aurat selepas membaca kata-kata ikhlas dari Neelofa itu. Menariknya Neelofa juga telah terbang ke Bangkok untuk mencari material membuat baju sendiri. Tak sabar Abang Nara nak tengok hasilnya kelak. Pasti bombastik.

Alhamdulillah, sesungguhnya Hidayah ALLAH tu MAHA LUAS.


Monday, September 22, 2014

[hangat] keputusan spm artis bocor



Artis di Malaysia di anggap sebagai ikon dan menjadi contoh kepada mereka semua. Tetapi bukan semua artis berpendidikan tinggi. Kali ini kita akan melihat dari sudut pendidikan di peringkat sekolah para artis yang cukup terkenal di negara kita.


Artis-artis yang sering memenuhi kaca televisyen di rumah kita ini ada yang begitu mantap keputusan SPM mereka. Boleh dikatakan tidak begitu teruk keputusan SPM mereka. Tidak mahu bercakap panjang lagi, mari kita lihat keputusan SPM 10 artis Malaysia yang popular-popular belaka:







esque7

Monday, September 1, 2014

[latest]peminat kartun mengamuk hampir membunuh orang

Guizhou (China): Seorang kanak-kanak yang berang dengan bunyi bising yang mengganggu rancangan kartun ditontoni bertindak memotong tali abah-abah digunakan seorang pekerja rencam yang sedang melakukan pembaikpulihan.
Liu Mai sedang menggunakan gerudi pada tembok apartmen berkenaan di tingkat lapan dan terkejut apabila melihat Tang Chu, 10, menggunakan pisau untuk memotong abah-abah digunakannya di beberapa aras di atasnya.

“Saya sedang memasang lampu keselamatan dan tiba-tiba terasa abah-abah digunakan bergerak.

“Alangkah terkejut saya apabila melihat budak itu memotongnya. Saya menjerit namun tidak dihiraukannya... Memang pengalaman itu terlalu ngeri,” katanya.
FotoLIU tergantung lebih 80 kaki dari atas bangunan yang dibaik pulihnya.

Dia terpaksa mengharungi detik cemas selama 40 minit dengan hanya satu tali sementara rakan sekerja berusaha menariknya ke tempat selamat.


jgn ganggu org tgk kartub la hahahha

 

Copyright @ 2013 its All about world.